Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Antara kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil di kelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


BENGKEL KECANTIKAN DAN SOLEKAN (BERSAMA USHAWAN MARY KAY)

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2022

Pelajari asas solekan wajah harian. Dan solekan asas dan cara penjagaan kecantikan diri dan muka dengan betul............baca selanjutnya

SEMPENA MINGGU KOKURIKULUM SEKOLAH TAHUN 2022 (KESEDARAN BAHAYANYA SCAMMER)

Aktiviti Terkini | 30 November 2022

Memberi kesedaran kepada pelajar bahayanya scammer............baca selanjutnya

TEMUDUGA TERBUKA BERSAMA AGENSI PEKERJAAN EMA. (PAKAR PENGELUARAN)

Aktiviti Terkini | 29 Oktober 2022

Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat............baca selanjutnya

MESYUARAT PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) KLUSTER KULIM

Aktiviti Terkini | 13 September 2022

Membincangkan aktiviti yang bakal di adakan oleh kluster kulim bagi memenuhi kpi yang terbaru...........baca selanjutnya

HARI KEMERDEKAAN BERSAMA TADIKA TILMIZ DAN TADIKA TANFIZ.

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022

Dapat memupuk semangat kemerdekaan dikalangan murib tadika serta ibu bapa murib tadika.............baca selanjutnya

PROGRAM PEMBIAYAAN PENIAGAAN KECIL BERSAMA TEKUN NASIONAL.

Aktiviti Terkini | 2 Ogos 2022

Meyediakan pembiayaan mikro berkumpulan bagi meningkatakan pendapatan dan taraf sosioekonomi golongan B40............baca selanjutnya

SESI WEBINAR PUPUK@SPPP BERSAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 13 Julai 2022

Dapat membantu usahawan yang telah berdaftar di PEDi............baca selanjutnya

PENGKONGSIAN CELIK IT BERSAMA JPKK MUKIM SIDAM KANAN.

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2022

Bertujuan memberi pendedahan serta latihan golongan para pemimpin supaya dapat menguasai kemahiran asas ICT............baca selanjutnya

WEBINAR SKIM PEMBIAYAAN MIKRO/I BSN - SEMARAK NIAGA @ PEDI

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Menerangkan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan atas talian.............baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA YB TAN SRI DATUK PADUKA PANGLIMA TPR ANNUAR HAJI MUSA (MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA)

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Taklimat mengenai perancangan jalur lebar mudah alih, jalur lebar tetap,jalur lebar satelit serta penyediaan POINT OF PRESENCE (PoP) yang akan di jalan di PEDi............baca selanjutnya

TEKNIK MENGISI MAKLUMAT SUMBER DATA (GURU KAFA)

Aktiviti Terkini | 23 Mac 2022

Mengajar data based entry dengan betul............baca selanjutnya

BENGKEL USAHAWAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2022

Memperkenalkan Platform shopee kepada usahawan..............baca selanjutnya

MESYUARAT PENAL PENASIHAT PEDI PADANG SERAI SIRI 1

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022

Menerangkan kegiatan yang akan di jalankan oleh PEDi..............baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya