Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Antara kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil di kelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


FACEBOOK LIVE KDB (PENGURUSAN RISIKO DALAM TALIAN)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2020

Memberi kesedaran kepada penguna alam maya tentang pengurusan risiko dalam talian....baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET KOMUNITI PADANG SERAI

Aktiviti Terkini | 27 NOVEMBER 2020

Mengembangkan lagi Produk usahawan di media sosial....baca selanjutnya

KELAS MICROBIT BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET PADANG SERAI

Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2020

Memberikan pendedahan kepada ahli Pusat Internet Padang Serai tentang 'Future Skill For All (FS4A)' ....baca selanjutnya

DIGITAL LITERASI BERSAMA KLUSTER KULIM

Aktiviti Terkini | 21-27 Sept 2020

Memberikan pendedahan kepada penduduk setempat tentang normal baharu yang disebabkan pendamik yang tidak dapat dielakan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE MERDEKA

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2020

Bagi menggalakkan lagi untuk menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-63,pusat internet mengunakan alternatif atas talian melalui Facebook Page Pusat Internet Padang Serai sebagai medium bagi mengelakan rantaian covid-19....baca selanjutnya

DIGITAL LITERASI BERSAMA KLUSTER KULIM

Aktiviti Terkini | 10 Julai 2020

Memberikan pendedahan kepada penduduk setempat tentang normal baharu yang disebabkan pendamik yang tidak dapat dielakan....baca selanjutnya

PEMBUKAAN SEMULA PUSAT INTERNET DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2020 – 31 Ogos 2020

Jumlah maksima pengguna yang dibenarkan berada di PI untuk satu-satu masa adalah tidak melebihi sepuluh (10) orang sahaja....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

BELAJAR POWER POINT KERJASAMA BERSAMA KELAB KOMPUTER SMK KG SELAMAT

Aktiviti Terkini |5 Februari 2020

Memberi Pengetahuan Kepada Pelajar Cara Mengunakan Microsoft Power Point Dan Membuat Folio Mengunakan Power Point....baca selanjutnya

PELUANG PERKERJAAN BERSAMA LEAN LEE TRADING DAN JOBS MALAYASIA KULIM

Aktiviti Terkini |18 jan 2020

Memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan pelajar lepasan spm.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya