Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Antara kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil di kelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Pertandingan Mewarna sempena Hari Krismas

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2018

Objektifnya adalah lukisan mewarna dan pensil warna disediakan oleh staf kepada para peserta dan di berikan masa 1 jam untuk mewarna gambar lukisan yang di sediakan... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet 2018

Aktiviti Terkini | 10 November 2018

Bertujuan untuk meraikan penduduk setempat & mengeratkan hubungan... baca selanjutnya

Kelas Ict Bersama Pelajar Pt3 Smk Kampong Selamat

Aktiviti Terkini | 15 - 16 Oktober 2018

Bertujuan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ICT dan kemahiran pengunan ICT... baca selanjutnya

Sambutan Hari Malaysia Dan Merdeka

Aktiviti Terkini | 15 September 2018

Memupuk semangat sayangi malaysia dan cintakan negara serta mengeratkan hubungan bersama komuniti setempat... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak dan Advokasi Merdeka

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2018

Program advokasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti sekitar tentang kempen klik dengan bijak dan kempen e-waste... baca selanjutnya

Program Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2018

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Bertujuan untuk mempupuk semangat perpaduan dalam kepelbagaian... baca selanjutnya

Bakti Masyarakat(Bantuan Mangsa Banjir)

Aktiviti Terkini | 3 Jun 2018

Dapat menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir berbentuk pakaian, makanan dan wang tunai dan membantu membersihkan rumah mangsa banjir dan kawasan sekitar... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Terbaik 2018

Aktiviti Terkini | 19 Mei 2018

Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk melatih daya kreativiti kanak-kanak mewarna gambar. Pemilihan warna yang betul dalam mewarnakan sebarang objek dan bentuk. Menggalakkan ibu bapa datang ke Pusat Internet... baca selanjutnya

Kuiz Bijak Bahasa

Aktiviti Terkini | 10 April 2018

Program ini bertujuan menguji kesabaran dan kebijaksanaan peserta dalam menyelesaikan masalah dalam mencari perkataan yang ada di dalam teka silang kata... baca selanjutnya

Pertandingan Nitro type

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2018

Dapat melatih pengguna/ahli dalam teknik menaip dengan betul... baca selanjutnya

Kelas Kecantikan Pencarian 30 Wajah Bersama Usahawan

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Untuk belajar dan fahami kecantikan diri dan muka dengan betul... baca selanjutnya

Gotong Royong Bersihkan PI1M

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018

Aktiviti sebegini dapat mendidik pengguna Pi1M menjaga kebersihan luar dan dalam PI1M supaya kelihatan bersih dan kemas sentiasa... baca selanjutnya