Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Antara kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil di kelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


Bengkel Pengenalan Projek Agriculture Flagship (Agf)-Fasa 1

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2017

Memberi pendedah tentang kegunaan portal dan aplikasi yang baru dibangunkan khas untuk sector pertanian... baca selanjutnya

Bengkel E-rezeki

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Tujuan program ini adalah dapat meningkatan pendapatan para peserta yang hadir... baca selanjutnya

Hour Of Code Minecraft

Aktiviti Terkini | 24 - 25 November 2017

Dapat meningkatan pengetahuan programming gaming di antara peserta... baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M Padang Serai

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2017

Untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti penduduk setempat serta mempromosi lagi pusat internet 1 malaysia kepada penduduk setempat... baca selanjutnya

Pertandingan Kahoot Kermerdekaan Yang Ke - 60

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Bertujuan untuk mendidik penguna PI1M tentang sejarah kemerdekaan dengan menguna kahoot(ICT)... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 31 Julai 2017

Pendedahan tentang skmm dan kewujudan pi1m , serta memberikan pendedahan tentang kebaikan dan langkah – langkah keselamatan semasa melayari laman sesawang... baca selanjutnya

Pertandingan Nitro Type terbuka 2.0v dan Gotong Royong Bersihkan PI1M bersama ahli PI1M Padang Serai

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Aktiviti ini dapat melatih pengguna dan ahli dalam teknik menaip dengan betul. Selain itu, mendidik penguna pi1m menjaga kebersihan PI1M... baca selanjutnya

Pertandingan Nitro type terbuka ahli Pi1m Padang Serai

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2017

Bertujuan untuk melatih pengguna/ahli dalam teknik menaip dengan betul... baca selanjutnya

Pembinaan modul pembelajaran KAFA melalui ICT

Aktiviti Terkini | 5 April 2017

Dapat melatih guru-guru KAFA untuk meningkatkan kemahiran mengajar melalui ICT... baca selanjutnya

'Digi-Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 28 - 30 Mac 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik... baca selanjutnya

Kuiz Bijak Bahasa

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Program ini bertujuan menguji kesabaran dan kebijaksanaan peserta dalam menyelesaikan masalah dalam mencari perkataan yang ada di dalam teka silang kata... baca selanjutnya

Gotong Royong Mesra Pi1m

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Program ini bertujuan untuk beramah mesra dengan pelanggan PI1M, disamping itu ia juga untuk mengeratkan lagi hubungan antara sesama pelanggan dan juga untuk mencantikkan pusat internet... baca selanjutnya

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Padang Serai ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Padang Serai seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang ramai boleh menghubungi PI1M berdekatan bagi mendapatkan maklumat lanjut dan urusan pendaftaran latihan...baca selanjutnya