'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC WORKSHOP 2017'
28 - 30 Mac 2017 | Selasa - Khamis
8.30 pagi – 5.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Bedong
Tujuan:
Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik. Program ini juga dapat menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan (coding),pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot.
Selain itu, dengan adanya program ini, pelajar dapat meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar. Tambahan lagi, dengan adanya program ini juga Pusat Internet 1 Malaysia dapat diperkenalkan secara meluas kepada para pelajar dan guru-guru supaya kemudahan pusat internet dapat digunakan di kawasan masing-masing.
Kelebihan:
1. Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik.
2. Program ini juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir secara logik dan sistematik melalui modul melibatkan pengaturcaraan (coding),pemasangan peralatan elektronik/mekanikal, dan pengendalian robot.
3. Program ini jugak dapat meningkatkan minat pelajar dalam pendidikan STEM dan menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pelajar.
4. Tambahan lagi, dengan adanya program ini juga Pusat Internet 1 Malaysia dapat diperkenalkan secara meluas.
Penglibatan:
Pelajar sekolah menengah
Nama VIP:
Encik Mohd Faizal bin Azizan(Ketua Pejabat SKMM Kedah)
Butir-butir aktiviti:
Program ini berlangsung selama tiga hari bermula pada 28 Mac 2017 sehingga 30 Mac 2017 yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Bedong. Seramai 18 peserta yang terlibat dalam program tersebut terdiri daripada 6 sekolah di mana hanya 3 orang pelajar mewakili setiap sekolah. Staff dan Fasilitator dari Petrosains yang Pengkhususan program ini merangkumi penggunaan perisian, pemasangan dan pengaturcaraan robot.
Pelajar diajar dengan cara pemasangan robot yang betul di samping dapat mengenali fungsi komponen-komponen robot tersebut. Pelajar dilatih supaya berkerja didalam kumpulan untuk menghasilkan robot. Di akhir program pelajar diberi tugasan untuk menghasilkan robot untuk bertanding pada peringkat kebangsaan yang dijangka pada bulan September 2017. Jadi dengan adanya program ini pelajar dapat menghasilkan robot yang kreatif dan mempunyai pelbagai fungsi.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: