Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh).Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Antara kampung-kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil di kelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020


KELAS USAHAWAN FACEBOOK ADS

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2019

Menambahkan ilmu pengetahuan tentang permasaran atas talian dan fb ads...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PUSAT INTERNET PADANG SERAI

Aktiviti Terkini | 30 November 2019

Untuk mengeratkan hubungan bersama komuniti penduduk setempat serta menpromosi lagi pusat internet padang serai kepada penduduk setempat...baca selanjutnya

PASCA UPSR KELAS ICT BERSAMA PELAJAR TAHUN 6 SK GUAR LOBAK

Aktiviti Terkini |6 -7 Oktober 2019

Cara-cara mengunakan Microsoft Office. Pengenalan software hardware...baca selanjutnya

KURSUS PENGENALAN PEMASARAN ATAS TALIAN

Aktiviti Terkini |18 September 2019

Menambahkan Ilmu Pengetahuan Tentang Permasaran Atas Talian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAHOOT! & JIGSAW PLANET MERDEKA !!

Aktiviti Terkini | 24 Ogos2019

Mengeratkan hubungan diantara pi bersama masyarakat...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAHOOT! & JIGSAW PLANET

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Mengeratkan hubungan diantara pi bersama masyarakat.baca selanjutnya

PROJEK RINTIS PROSPEK SIDAM KANAN

Aktiviti Terkini | 29 Jun 2019

Projek Rintis Prospek Sidam Kanan mengumpul semua usahawan dan peladang dari pelbagai bidang yang ada di sidam kanan....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk

Aktiviti Terkini | 22 Mei 2019

Program ini bertujuan untuk Menjalinkan kerjasama antara ADABI dan penduduk setempat untuk bergotong royong memasak bubur lambuk dan mengagihkan kepada orang ramai... baca selanjutnya

Program Keusahawanan Basic Online Marketing Bersama Staf dan Ahli Pusat Internet

Aktiviti Terkini | 28 April 2019

Program dimulakan dengan Teknik pemasaran dengan menggunakan online platform seperti facebook dan Instagram... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 13, 17 & 18 Mac 2019

Objektifnya adalah untuk memberi pendedahan tentang dunia digital dan keselamatan dalam internet kepada guru-guru sekolah... baca selanjutnya

Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2019

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kebaikan dan keburukan internet... baca selanjutnya

Kursus Usahawan(FB Ads & Teknik berniaga di Facebook)

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2019

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan dan mengajar teknik-teknik Pemasaran kepada masyarakat sekitar... baca selanjutnya