Pertandingan Mewarna sempena Hari Krismas
23 Disember 2018 | Ahad
3.00 petang - 5.30 petang | Pusat Internet Padang Serai, Kedah
Tujuan:
Memberi pendedahan dan peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan koordinasi motor kasar dan motor halus melalui mewarna serta mengembangkan kreativiti.
Kelebihan:
Medium hiburan. Melukis dan mewarna membolehkan anak anda untuk rasa relaks dan selesa semasa menghasilkan dan menyiapkan kerja tersebut.
Kanak-kanak akan belajar merancang untuk memilih warna apa yang akan digunakan bagi mewarna gambar tersebut.
Mengeratkan hubungan sesama mereka.
Mengisi masa lapang apabila musim persekolahan.
Penglibatan:
Penduduk setempat.
Perlaksanaan Aktiviti:
Lukisan mewarna dan pensil warna disediakan oleh staf kepada para peserta.
Peserta di berikan masa 1 jam untuk mewarna gambar lukisan yang di sediakan.
Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan: